Voting

Monday, August 31, 2009

52 TAHUN MERDEKA! MALAYSIA!!

Hari ni dah 52 tahun negara kita merdeka...semalam bermAcam-macam rancangan tv kuar...aku lak sebab malam merdeka aku tengok tv2..cte sal kemerdekaan...aku baru tau masa Tunku nak gi London untuk minta kemerdekaan,beliau takde duit..jadi orang ramai sanggup bagi barang kemas dan duit kat beliau supaya dapat tampung perbelanjaan gi sana...kan bagus kalau aku dapat alami pe orang dulu rasa waktu tu...tengok muka Tunku menitiskan air mata bila tengok rakyat sanggup bagi barang kemas dorang...
Apa aku nampak sekarang,orang dah tak amik kisah sal camna orang dulu dapatkan kemerdekaan negara ni...yang pali jelas,tak ramai yang pasang bendera kat kereta atau kediaman..sekarang semangat tu dah berkurangan...terlalu sukar orang terdahulu dapatkan kemerdekaan negara kita..jadi,sepatutnya kita sebagai generasi muda harus ingat jasa-jasa dan pengorbanan mereka..akhir kata,,
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

Thursday, August 27, 2009

happy belated birthday bro!!

happy giler bila dia call tadi...lame tak dengar cite...tapi paling tak sangka dia call aku tadi....biarpun lewat kan...
Dia masih cam dulu,suka cari pasal...tapi best gaduh ngan dia....semalam hari lahir dia....sekarang dia ngah kursus..Bulan 3 tahun depan baru habis....
Apa yang best aku dapat dengar suara dia bila gelak...tu yang mahal....suka dengar dia ketawa...harap hidup dia ok r....
Aku harap3 sangat raye nanti dia dapat datng sini..rindu gile ngan along aku tu...my best senior I've ever had...hope to see you soon!!

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan datang lagi...

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan...umat islam wajib berpuasa,termasuk aku...benda ni aku tak kisah sangat sebab aku memang biasa tak makan.hehehehehe...cuma solat tarawikh kali ni lain sikit sebab aku tinggal kat tempat baru...harap aku dapat puasa penuh...tapi boleh ke??hehehheeh.....apa yang aku harapkan bulan ni aku akan berubah menjadi lebih baik...dan aku nak berubah sikit.harap bila raya tiba,orang akan nampak aku yang baru.Insyaalllah..jadi aku ucapkan Selamat berpuasa dan marilah kita sama2 tambah amalan yang baik.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, August 17, 2009

vokalis Rabbani meninggal dunia...


Masa aku dengar cite ni aku ngah wat keje kat pejabat..mula2 ingatkan orang lain sebab tak caye langsung..Memang aku tak berape minat kumpulan ni,tapi sura dia memang merdu...pe lagi kalau dia takbir raye...meremang bulu..Lagu dia pun sedap...dan banyak dapat anugerah...Ustaz Asri atau nama sebenarnya Mohamad Asri Ibrahim adalah vokalis utama kumpulan nasyid yang meningkat naik selepas Raihan iaitu Rabbani.
Berita tersebut telah diwar-warkan di laman web Harakah Daily.
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) – Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.
Berita yang tersiar di laman tersebut memberitahu pemergian Ustaz Asri ketika membuat persembahan di RTM. Ustaz Asri telah pergi meninggalkan kita kira-kira jam 11.15 pagi.
Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.
Menurut saksi Ustaz Asri meninngal dunia di tempat kejadian selepas jatuh dan tidak sedarkan diri.
Rabbani yang telah ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dan melibatkan kumpulan nasyid yang punyai ahli yang ramai iaitu 9 orang. Kumpulan nasyid tersebut punyai keunikannya yang tersendiri dan punyai peminat yang ramai.
Popularitinya meningkat mendadak melalui lagu-lagu nasyid popular mereks seperti Maulana, Qiblat, Intifada, Nawaitu, Iqrar dan banyak lagi. Memenangi beberapa anugerah seperti Anugerah AIM, Anugerah Era, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan banyak lagi.
Sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Ustaz Asri.

Wednesday, August 12, 2009

Mr.M.K.I

heheheheheheh....aku sebenarnya dah xde idea nak tulis blog ni.Tapi dah lama aku tak cite pape kan?tapi semalam aku borak ngan sorang mamat ni...yelah,awek jauh tu yang contact aku tu.hehehehehe....dari suara dia aku rasa dia tak berapa sihat...rindu awek kot(heh!kna lagi!) Tapi sebagai kawan baik aku dengar je luahan dia tu...bila fikir balik..dah 3 tahun kitorang kenal..tapi aku mula rapat ngan dia 2 tahun lalu..tu pun gara-gara aku ada salah faham yang besar ngan sorang mamat ni.hahahahah!tapi pape pun aku nak ucapkan terima kasih banyak2 pada mamat tu...yelah,kalau aku takde masalah ngan dia aku takkan kenal ngan Mr.MKI ni...dah lama kenal aku rasa selesa sangat sebab dia bukan saja dapat jadi kawan aku tapi dia gak berperanan sebagai seorang abang yang tak pernah kongkong dan susahkan aku.Malah aku rasa aku yang banyak susahkan dia...
Sepanjang aku mengenali dia,bagi aku dia seorang kawan yang cukup memahami,selalu bertolak ansur dan tak pernah menyalahkan aku atas apa2 perkara...hari tu aku salah sangka ngan dia.Aku fikir dia dah tak nak kawan ngan aku dah...tapi rupa2nya aku yang buruk sangka...mana mungkin dia salah faham ngan aku! malah selama kitorang kawan dia tak pernah tinggikan suara atau mengeluarkan kata2 yang menyinggung perasaan aku..Aku rasa bersalah sangat...sampai saat tu pun dia masih mahu pujuk aku...sejak hari tu aku rasa kitorang makin rapat.
Dia cam aku..susah nak cite masalah kat orang,tapi dia sudi luahkan masalah dia kat aku..aku pernah cakap.."angggap aku ni tong sampah,lepas ko cite ko dah buang masalah ko tu.."tapi dia balas "aku tak nak ko jadi tong sampah aku,tong sampah busuk"....
apa yang aku harapkan dia akan dapat kebahagiaan yang dia inginkan...sebab kebahagiaan dia adalah kebahagiaan aku...Dia adalah kawan laki yang aku paling sayang...semoga dia berjaya dan panjang umur...

Sunday, August 9, 2009

layan lagu malam2..

camnilah aku...tiap2 waktu free ak cari lagu sedap2...dengar sampai habis..klu ad masa ak send lagu tu kt kawan..wat masa ni lagu yg aku ske lagu indie band ngan indo...mmg lyn.ble dengar lagu ni ak feeling sorang2...ingat memori dulu2...yang lme knal ak mgkn faham..tapi klu yg xknal mgkn ckp aku ni jiwang...lantak la...jiwang2 la asalkan otai n sempoi...tu yang xleh berubah...banyak lagu best..cam ADA BAND,D MASIV,MAKXIMUS,PESAWAT.EXTRANGED...semua sedap...korang dengarlah sendiri ek...mesti korang setuju cakap aku..

Sunday, August 2, 2009

kuar ngan along...


Semalam aku kuar ngan along..happy sangat2! Aku tengok dia dah banyak berubah..makin cun lak...tapi cute tetap aku...heheheheh...sebenarnya plan nak gi seremban je tapi fikir2 aku nak g Kl lak...saja tukar angin...aku teringin nak kuar berdua ngan along kat KL..lastly tercapai gak...ajak gak member2 dulu,tapi dorang ada hal...best kuar ngan along coz dia layan aku cam adik dia...siap makan suap2 lagi...pakwe dia pun tak de camtu.hahahahahah..bile lagi nak mnja2 ngan along kan...masa dalam komuter pun dia jaga aku...aku tido jap coz sakit kepala...dia yg jaga..sampai dah kat seremban baru dia kejutkan..aku harap dia happy gak kuar ngan aku..sal aku marah2 dia mesej pakwe dia tu saje je..aku tak marah pun..cuma jeles ngan zul coz along layan dia..lebih pentingkan pakwe dari aku.huhuhuhu..takdelah..asalkan along happy,bahagia aku dah puas..harap leh kuar camni lagi...mane tau ngan bakal abg long lak.heheheheh