Voting

Friday, April 9, 2010

Kau pergi....

Hari rabu bersamaan dengan 6 April..perginya insan bernama Mustafa bin Mohamed...Dia merupakan atok yang amat rapat denganku..Aku baru sahaja kehilangan opahku 2 tahun lalu..sekarang dia pula yang pergi..Aku ingat lagi,pada hari itu,aku seakan-akan rasa ada yang tak kena..aku lupa tulis nama,ambil pas keje,,tapi aku tak sangka semua ni ada kaitan dengan die..
Hari tu aku sibuk buat keje jauh dari tempat dudukku..dan aku lupa untuk letakkan hp diatas meja seperti biasa..dari pukul 9 lebih,maksuku cuba menghubungiku,tapi tak berjawab..Tiba-tiba ayahku datang ke tempat kejeku..dan memberitahu yang die telah pegi buat selama-lamanye...aku terduduk dan terus menangis...alangkah terkilannya rasa hati kerana tak dapat berjumpa die untuk kali terakhir...Aku kaku seribu bahasa...aku tak tahu apa yang harus aku lakukan...saat itu aku hanya tahu menangis..dan terus menangis...
Kami bertolak ke KL untuk mengambil ibuku yang sedang berkursus...Sampai sahaja.aku melihat sekujur badan yang bersiap sedia untuk dikapankan..Aku serta ibuku tidak berhenti menangis..puas aku mengelap air mataku,tapi ia terus mengalir..aku usahakan juga,,alasannya??untuk mencium die untuk kali terakhir..Aku mencium die sepuas-puasnya,seakan tidak mahu melepasknnya pergi..ketika itu aku dapat merasakan betapa sejuk dan kurusnya die...sehingga aku dapat merasakan tulang pipinya...aku berhenti apabila merasakan air mata aku hampir tertumpah lagi..Aku segera memeluk ibuku yang turut sedih dengan pemergiannya..
Siapa sangka tempat yang sering dialalui oleh die merupakan tempat die disemadikan..aku terharu seketika kerana kuburnye berada tidak jauh dengan kubur opah opahku.."Opah,atok datang teman opah ni...opah mesti gembira kan??" hati aku berbicara sebentar...sehingga kini aku masih dapat mendengar suaranya memarahi kucing yang berada di depannya.."atok,terima kasih sebab jaga angah ngan along dulu..dan terima kasih sebab menyayangi kami sehingga kami dewasa..angah takkan lupa atok sampai bile-bile..bagi angah atok lelaki yang paling baik yang pernah angah kenal..pergilah..kami redha..ketahuilah kami amat menyayangimu..Ya Allah,tempatkan arwah atok dan opahku dikalangan orang-orang beriman..amin..