Voting

Monday, August 17, 2009

vokalis Rabbani meninggal dunia...


Masa aku dengar cite ni aku ngah wat keje kat pejabat..mula2 ingatkan orang lain sebab tak caye langsung..Memang aku tak berape minat kumpulan ni,tapi sura dia memang merdu...pe lagi kalau dia takbir raye...meremang bulu..Lagu dia pun sedap...dan banyak dapat anugerah...Ustaz Asri atau nama sebenarnya Mohamad Asri Ibrahim adalah vokalis utama kumpulan nasyid yang meningkat naik selepas Raihan iaitu Rabbani.
Berita tersebut telah diwar-warkan di laman web Harakah Daily.
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) – Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.
Berita yang tersiar di laman tersebut memberitahu pemergian Ustaz Asri ketika membuat persembahan di RTM. Ustaz Asri telah pergi meninggalkan kita kira-kira jam 11.15 pagi.
Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.
Menurut saksi Ustaz Asri meninngal dunia di tempat kejadian selepas jatuh dan tidak sedarkan diri.
Rabbani yang telah ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dan melibatkan kumpulan nasyid yang punyai ahli yang ramai iaitu 9 orang. Kumpulan nasyid tersebut punyai keunikannya yang tersendiri dan punyai peminat yang ramai.
Popularitinya meningkat mendadak melalui lagu-lagu nasyid popular mereks seperti Maulana, Qiblat, Intifada, Nawaitu, Iqrar dan banyak lagi. Memenangi beberapa anugerah seperti Anugerah AIM, Anugerah Era, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan banyak lagi.
Sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Ustaz Asri.