Voting

Thursday, June 4, 2009

Apa harus aku lakukan...


Kini dah hampir setahun aku tak dapat tegur dia dengan biasa. Semua ni berpunca dari aku juga..kalau aku tak buat macam tu dulu,mungkin sekarang kami masih berkawan baik.tapi tak..aku pentingkan perasan aku tanpa fikir buruk baik akibat yang akan datang.aku tak dapat nak tegur dia cam biasa gi.aku rs cam jauh sgt ngan dia..rasa cam orang asing..sedangkan dulu kitorang selalu je gelak dan gaduh sama-sama..tapi sekarang bila jumpa buat macam tak kenal.cuba gak tegur tapi rsa janggal atau kekok..tak tau nak cakap apa. Aku cuba gak buat biasa,tapi tak boleh...Aku sayangkan dia sebagai kawan dan lelaki yang cukup istimewa dalam hidup aku...tapi aku dapat rasakan dia tak berperasaan begitu terhadap aku..aku tak kisah dia nak bercinta ke nak berkahwin ke..aslkan dia tak lupa aku sebagai kawan dia dulu...aku dah cuba lupakan dia,tapi tak boleh! Kawan-kawan aku harap sangat aku dapat lepaskan dia,tapi biarpun aku cakap aku dah lepaskn dia tapi pada hakikatnya aku tak dapat buat semua tu...setahun aku cuba tak hubungi dia,tapi makin cuba aku lupakan dia makin selalu dia muncul dalam kotak ingtanku..apa harus aku lakukan??pauas aku berdoa..mohon dikuatkan iman..tapi tak berhasil juga.kadang-kadang aku tak faham diri ni..buat apa ingatkan seseorang yang tak mungkin ingatkan kita??aku rasa bodoh sangat...ingatkan pada orang yang tak pernah hargai kewujudan aku...bantulah aku..supaya aku dapat lupakan orang tu..pada sesiapa yang sudi membaca luahan ini,diharap dapat memberi komen dan kalau boleh bagi cara camana nak lupakan orang camtu..sekian dulu..

Kenapa bagi harapan??

Hari ini aku dapat panggilan dari pejabat JPJ... bila dapat panggilan tu aku rasa gembira sangat! yelah,panggilan yang dah lama aku tunggu...tapi bila ditemuramah sedikit,dorang macam tak yakin dengan aku..mungkin sebab aku tak ada lesen....bukan setakat lesen je,bawak motor pun aku tak tau...hmmm....masalah yang takleh nak selesai..tapi aku cakap aku sanggup jalan kaki atau mak aku boleh hantar sebab dia kerja kat sebelah tempat tu...lepas tu encik tu cakap dia akan hubungi semula...tapi....sampai sekarang dia xtelefon...aku mula rasa sedih... dah nak dekat 3 jam aku tunggu,tapi takde gak. Harapan hanya tinggal harapan...aku betul-betul harap dapat kerja cepat..supaya aku boleh kumpul duit untuk sambung belajar tahun depan...ala....cepatlah call balik...aku dah bosan ni duduk kat rumah...atleast kalau kerja ,masa aku terisi dengan benda berfaedah...dan yang paling penting ada duit.hahahaha! bukan pe..duit kan amat penting sekarang..apa-apa pun pakai duit..kalau boleh aku tak nak susahkan sape-sape tahun depan..dan yang penting,aku nk bayar semula hutang yayasan. jadi pada sape-sape yang membaca blog aku ni,harap-harap dapat doakan semoga aku dapat kerja cepat...k sampai sini dulu..daaa!